Program Duta Guru

Meningkatkan minat dalam bidang STEM dikalangan murid B40/Luar Bandar

STEM Kit yang diberikan oleh Yayasan Petronas untuk Peserta Duta Guru Kohort 3.

Terpilih sebagai pembentang kajian tindakan ( EDP Merentas Kurikulum), Top 70.

Akhirnya berjaya menamatkan Program Duta Guru selama 2 tahun.   ( Simposium Kebangsaan Duta Guru 2023 di Movenpick Hotel KLIA)

Adakah anda percaya seorang murid dari kawasan luar bandar boleh menjadi seorang doktor atau menjadi seorang jurutera suatu hari nanti? Adakah anda percaya seorang murid dalam kalangan B40 ke bawah bakal membuka sebuah syarikat dalam bidang komputer atau menghasilkan aplikasi atau IOT yang akan digunakan oleh ramai pengguna? Adakah sistem pendidikan kita mampu untuk mengubah nasib murid-murid ini? Adakah kita sebagai seorang guru mampu dan berkeupayaan untuk melahirkan bakal STEM negara? 

Sekiranya anda tidak percaya atau tidak yakin dengan perkara ini, sudah tentu amat sukar bagi negara ini untuk mencapai polisi 60/40 seterusnya membantu matlamat kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju kelak. Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, kita memerlukan generasi yang meminati STEM, mempunyai literasi komputer yang tinggi serta mempunyai kemahiran 4K yang mantap. Seorang murid perlu mempunyai asas Matematik dan Sains yang baik selain daripada mempunyai kemahiran bahasa yang mantap sama ada mahir berbahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu. 

Saya percaya seorang murid dari pendalaman dan dalam kategori B40 ke bawah mampu menjadi seorang jurutera ataupun doktor dengan adanya bimbingan dan dorongan daripada seorang guru. Semuanya bermula daripada kepercayaan seorang guru terhadap muridnya, tetapi guru tersebut perlu berubah dan sentiasa memantapkan kemahiran pedagogi mereka terutama pada zaman sekarang. 

Program Duta Guru banyak membantu saya dalam membuka mata serta belajar sesuatu perkara baru. Selama dua tahun dalam program ini saya telah berkenalan dengan ramai guru-guru yang hebat, hebat bukan sahaja dalam bidang masing-masing tetapi idea yang dikongsikan dengan peserta telah menjadikan inspirasi buat saya untuk mengadakan program STEM untuk murid-murid di sekolah. 

Rakan-rakan guru yang lain, ambillah peluang ini untuk menyertai program Duta Guru kerana saya yakin sekiranya cikgu ikhlas dan bersemangat dalam bidang pendidikan, program ini akan banyak membantu anda.