Mengikuti pertandingan STEM merupakan satu pengalaman baru bagi diri saya dan saya amat bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk membawa pelajar SMK Penrissen mengikuti pertandingan tersebut. Saya berpendapat murid SMK Penrissen perlu diberi peluang untuk mengikuti pertandingan STEM dan mempamerkan bakat masing-masing seterusnya menghapuskan stereotaip bahawa sekolah ini tidak mampu menghasilkan murid bermutu dalam bidang STEM.