KUALA LUMPUR ENGINEERING SCIENCE FAIR 2023

3D Printing Innovation Hackathon

Ini merupakan pengalaman pertama mengikuti pertandingan 3D Printing Hackathon, dan kali ini pasukan sekolah menduduki tempat kelima. 

Pasukan sekolah yang terdiri daripada 3 orang murid tingkatan 2 berjaya layak ke peringkat akhir ( Top 10) cabaran 3D Printing yang berlangsung di MINES  International Exhibition and Convention Centre,Selangor. 

Projek inovasi Green Schools telah melayakkan pasukan ini masuk ke peringkat kebangsaan cabaran 3D printing, dengan pelbagai cabaran seperti kewangan dan masa untuk mendapatkan dana dan menyiapkan produk, akhirnya pasukan ini telah berjaya sampai ke peringkat akhir.

Prototaip Green School yang dicetak menggunakan pencetak 3D Proteus; bahan PLA.

Prototaip yang telah diberi kemasan; Bahan Spray 

Lakaran 3D Green School menggunakan perisian Fusion 360.