Bahan PdP RBT 

Saya mula mengajar RBT Tingkatan 1 dan 2 bermula pada tahun 2017 iaitu pada awal subjek ini diperkenalkan dalam silibus menengah rendah bagi mengantikan mata pelajaran KHB. Pada awalnya saya banyak menggunakan slaid nota orang lain tetapi apabila telah menemui Canva ( masa tu tengah PKP ) bermula usaha untuk menghasilkan nota sendiri. 

Pada ketika itu juga, saya turut menghasilkan video pengajaran melalui channel Youtube, memandangkan kelas secara Google Meet kurang mendapat sambutan. Walaupun bahan yang dihasilkan tidaklah sehebat guru-guru lain tetapi dalam kalangan murid ada juga yang seronok membaca nota yang disediakan. Cikgu-cikgu boleh muat turun bahan yang disediakan dan saya mempelawa cikgu-cikgu untuk memberikan kritikan membina agar bahan yang disediakan akan menjadi lebih baik.