F1 IN SCHOOLS

DESIGN : ANALYSE : MAKE : TEST : RACE

F1 In Schools merupakan satu pertandingan STEM yang akan menguji kebolehan murid dalam mereka bentuk mini kereta F1 menggunakan perisian komputer seperti Autodesk Fusion 360, Blender dan SketchUp. Kereta yang telah siap dihasilkan menggunakan perisian ini akan diuji dan dianalisis menggunakan computational fluid dynamics (CFD) atau menggunakan Wind Tunnel Testing

Reka bentuk kereta secara 3D ini kemudian akan dihasilkan menggunakan mesin pencetak 3D serta mesin Computer Numerical Control  (CNC). Selepas kereta dihasilkan menggunakan mesin, murid perlu memasang dan menghasilkan kemasan pada mini kereta tersebut seterusnya bersedia untuk berlumba di atas track

Selain itu, setiap pasukan perlu menghasilkan portfolio pasukan seperti Design Concept, Engineering Portfolio dan Enterprise. Peserta juga akan menghasilkan poster serta kelengkapan untuk Pitt Display malah perlu membuat pembentangan. Gabungan kesemua elemen ini memerlukan satu pasukan murid yang mantap kerana setiap peserta perlu bekerjasama dalam memberi sumbangan idea dan kemahiran mengikut kepakaran masing-masing. 

SMK Penrissen telah mengikuti pertandingan ini bermula pada tahun 2022 dan sehingga kini telah melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai potensi tinggi dalam bidang reka bentuk 3D menggunakan perisian komputer dan sekiranya bakat ini terus digilap akan boleh melahirkan bakal jurutera sama ada dalam bidang reka bentuk, mekanikal, komputer dan sebagainya. 

Minat murid dalam bidang STEM boleh dilahirkan melalui pertandingan ini malah minat ini akan terus berkembang sekiranya mereka terpilih untuk mewakili negeri Sarawak ke Peringkat Kebangsaan yang biasanya akan di adakan di UITM Shah Alam. SMK Penrissen mula mewakili negeri Sarawak selama dua tahun berturut-turut dan hal ini merupakan satu pencapaian yang baik. 

Bagi murid yang berminat untuk mengikuti pertandingan ini, pastikan anda mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu atau dalam Bahasa Inggeris. Sebaik-baiknya murid digalakkan untuk mahir berbahasa inggeris memandangkan pertandingan ini diadakan untuk mencari pasukan yang akan mewakili Malaysia ke F1 World Final pada setiap tahun. Selain itu, murid juga perlu memiliki sebuah komputer riba kerana gajet ini penting kerana nadi pertandingan ini adalah untuk menghasilkan reka bentuk kereta menggunakan perisian komputer. Bagaimana pula sekiranya anda tidak mempunyai komputer riba? Tidak menjadi masalah asalkan anda berminat dan mempunyai kepakaran lain contohnya berani untuk berkomunikasi hadapan orang, minat untuk meneroka bidang kejuruteraan kereta serta berani untuk mencuba jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi peserta yang bakal mewakili negeri Sarawak pada masa hadapan. 

Anugerah yang dimenangi oleh pasukan F1 SMK Penrissen dalam pertandingan F1 In Schools Development Class Peringkat Negeri 2023.

F1 In Schools Malaysia National Final 2024

Pitt Display Pasukan Dominion, less is more..

Bersama dengan team Sdec, penaja pasukan dominion ke national final 2024....

bersama dengan tuan pengetua smk penrissen, cikgu abit hong dan bekas pelajar penrissen....

kenangan sebagai mentor team dominion dan finalise f1 in schools malaysia national final 2024......

pencapaian team dominion bagi tahun 2023/2024......

Acara kemuncak f1 in schools malaysia national final 2024, team dominion menerima anugerah 'outstanding sportmanship award (time 1:19)